Anak-anak yang lambat bercakap selalunya akan ada cara mereka sendiri
untuk mendapatkan kemahuan mereka.
Sama ada mereka menunjuk, mengambil sendiri, menangis atau tantrum, semua strategi ini telah berjaya digunakan untuk mendapatkan keinginan mereka sebelum ini.
Apa yang boleh dilakukan supaya mereka mengubah cara ini?
Kita tidak berupaya memaksa anak untuk bercakap. Kita tidak boleh buatkan mereka terus bercakap.
Jadi, kitalah yang perlu mengubah persekitaran dan cara respons kita pada anak. Bermula
daripada KITA.
Walaupun anak masih tidak berkomunikasi secara verbal, yang kita mahu adalah mereka
terus berinteraksi, dan tingkatkan kemahiran itu semaksimum mungkin.
Apa yang perlu kita jangkakan jika kita mengubah respons persekitaran?
Anak mungkin akan menangis, tantrum dll. Mereka akan lebih kecewa kerana cara yang
mereka gunakan sebelum ini tidak lagi membantu mereka.
Komunikasi adalah perkara yang susah untuk dilakukan oleh anak yang lambat bercakap.
Ibu bapa perlu bersedia mental, fizikal dan emosi.
Apa perkara yang boleh diubah bagi memudahkan proses membantu anak berkomunikasi?
1. Jangan mudah menyerah. Kenalpasti tahap komunikasi anak.
Jika masih di tahap 'menunjuk', galakkan mereka untuk sebut perkataan, atau sekurang-kurangkan keluarkan bunyi jika mahukan sesuatu.
2. Jika mereka menarik tangan kita, ajar mereka untuk tunjuk apa yang mereka mahu.
Jika sebelum ini boleh ambil sendiri apa yang mereka mahu, simpan barang di tempat yang susah akses, atau bekas bertutup.
3. seluruh ahli keluarga perlu tahu dan jalankan peraturan yang sama.
Jika dengan ibu perlu meminta secara verbal, dengan orang lain juga perlu begitu.
Peraturan perlu konsisten. Walaupun ada masanya kita penat, banyak kerja menunggu,
perlu kekal dalam peraturan.
Ini yang akan membantu otak mereka beradaptasi dengan peraturan baru.
.
.
.
.
Bercakap adalah sesuatu yang sukar dan tidak menyeronokkan bagi kumpulan ini.
Maka, wujudkan situasi yang mendesak mereka untuk berinteraksi, menggunakan barang
yang bermotivasi bagi mereka.

Comments
Post a Comment