KUASA BERMAIN BAGI ANAK-ANAK!

Hannah, "ibu, Hannah taknak ibu tidurkan adik. Hannah nak main dengan adik."
Ibu, "adik mengantuk dah ni, kena tidur dulu."
Senyap.
Mata adik makin layu. Tiba-tiba ada suara daripada belakang,
"Adik.. jangan tidur. Jom la main. Main tu seronok tauuu.."
Si adik, macam terkena suntikan 'energy booster'. Celik serta merta, terus duduk.
Berlari keluar bilik, berpimpin tangan.
Adik dalam mamai, tahan juga mengantuk asalkan masih dapat main.
Sudah. Ini pukul 10 malam, bukan 10 pagi!
Alahai anak..
.
.
SATU. Tak ada apa yang dapat kalahkan kuasa bermain. Bermain, dunia kami. (Kanak-kanak sepanjang zaman)
DUA. Keseronokan bermain, berganda apabila ada yang bermain bersama.
.
.
Mengimbau zaman kanak-kanak, apa yang paling kita ingat? Apa yang paling seronok untuk kita ingat?
Waktu bermain, kan?
.
Bermain dapat menyokong perkembangan kognitif secara keseluruhan, kemahiran 
komunikasi dan sosial, maka kami (Speech Therapist) katakan anak-anak wajib diberi peluang bermain.
Bagaimana jika ada anak yang masih tidak pandai bermain, jika umur sudah masuk 
3 tahun?
Mereka perlu dibantu dan diajar untuk bermain.
Harapan sentiasa ada.
Selagi ada pihak yang boleh membantu, anak-anak ini sentiasa ada peluang untuk belajar. Berserta dengan izin Allah SWT.
Tidak bermain, tiada peluang bersosial.
Tidak bermain, tiada peluang membina kemahiran motor halus dan kasar.
Tidak berpeluang membina komunikasi.
Tidak berpeluang membina imaginasi.
Kanak-kanak belajar semua perkara semasa bermain.
Bantu anak untuk lalui zaman yang perlukan mereka untuk bermain.
Siti Sarah Said
Speech Therapist.
.
Sebenarnya, saya masih ada parut jahitan di leher dan parut di tangan, bukti saya 
bersungguh-sungguh main semasa kecil (haha).
Bermain, biar apapun aktiviti dan peraturannya, yang penting keselamatan perlu 
diutamakan.

SITI SARAH SAID
SPEECH-LANGUAGE THERAPIST.

Comments