Saya teringat ada suatu ketika, husband yang akan bawa saya jika mahu ke mana-mana.
Akibatnya, saya jadi kurang yakin memandu, jadi takut dan gementar bila memandu sendiri.
Situasi ini, sama seperti anak-anak yang terlalu banyak dibantu.
Semua keinginan dan keperluan disediakan sebelum anak minta.
Anak ini jarang dapat peluang untuk explore, kenal dan cuba benda baru.
Kurang rangsangan, menyebabkan anak kurang yakin dan mengelak untuk lakukan sesuatu yang baru.
Contohnya,
+ Tak perlu bercakap, semua boleh dapat.
+ Mahu bermain dengan cara sendiri sahaja. Tidak mahu cuba cara yang lain.
+ Jika ada aktiviti baru, automatik anak akan fikir susah dan cuba mengelak untuk buat.
+ Lebih selesa memerhati orang lain yang buat sesuatu daripada buat sendiri.
+ minta bantuan (tarik tangan orang lain) untuk lakukan untuknya.
+ sukar bersosial. Rasa tidak selamat jika ada orang lain selain ahli keluarga.
Apakah kesan daripada situasi ini?
+ anak lambat bercakap.
+ kurang kosa kata kerana aktiviti terhad.
+ kurang beraktiviti dan tidak mahu mencuba, perkembangan motor kasar dan halus anak
+ kurang kosa kata kerana aktiviti terhad.
+ kurang beraktiviti dan tidak mahu mencuba, perkembangan motor kasar dan halus anak
akan terjejas.
+ kurang dilatih untuk menerima arahan.
+ perkembangan emosi terjejas. Anak tidak pernah rasa kecewa, akhirnya tidak berpeluang untuk memahami dan mengawal emosi sendiri.
+ tidak mahir membina interaksi sosial.
+ kurang dilatih untuk menerima arahan.
+ perkembangan emosi terjejas. Anak tidak pernah rasa kecewa, akhirnya tidak berpeluang untuk memahami dan mengawal emosi sendiri.
+ tidak mahir membina interaksi sosial.
Apa langkah utama yang ibu bapa boleh lakukan apabila berhadapan situasi ini?
1. Kurangkan kebergantungan anak pada kita. Jika ada pembantu rumah, bentuk kerjasama supaya anak tidak dibantu setiap masa.
2. Banyakkan berinteraksi dengan anak, walaupun anak masih belum bercakap.
Mereka masih belum bercakap, bukan bermakna mereka tidak boleh faham.
3. Libatkan anak dalam semua aktiviti harian di rumah.
Anak boleh belajar meniru perbuatan kita, terdedah dengan bahasa (cakap tentang apa yang dilakukan) dan rasa seronok.
Keseronokan inilah yang akan memudahkan anak belajar bahasa.
6. Banyakkan aktiviti fizikal. Beri anak 'explore' dan lakukan aktiviti luar yang boleh beri
rangsangan kepada seluruh otot dan sensori.
Kalau anak geli pasir di pantai, bagi lebih banyak peluang main pasir. Jika anak takut
memanjat, banyakkan lagi aktiviti memanjat dll.
7. Pertimbangkan untuk hantar anak ke tadika (playschool atas taska harian) bagi
membantu interaksi sosial anak.
Matlamat kita adalah untuk keluarkan anak daripada zon selesa mereka.
Peringkat awal, memang akan 'struggle'.
kebiasaan mereka disabotaj. Namun, inilah sebenarnya peluang untuk kita bantu anak-anak tingkatkan kemahiran mereka yang sedia ada.
Kuncinya, perlu konsisten.
SITI SARAH SAID,
SPEECH-LANGUAGE THERAPIST.
Comments
Post a Comment